Maklumat Penanaman Coleus Wizard

Maklumat Penanaman Coleus Wizard
(solenostemon scutellariodes)

Percambahan

Gunakan media yang kering, bebas dari penyakit, tidak bertanah dengan pH 5.5 sehingga 5.8 dan juga sukatan nutrien pendahuluan EC 0.75 mS/cm. Semaikan biji benih pada dulang semaian dengan 288 lubang atau lebih. Dalam negara di Eropah, dulang semaian dengan 264 lubang boleh digunakan. Lindungi biji benih secara samar dengan vermiculite. Percambahan mengambil masa sebanyak 4 每 5 hari.

Suhu tanah
22 每 24°C

Cahaya
Cahaya adalah tidak diperlukan

Kelembapan
Kekalkan 95%+ kelembapan relatif (RH) sehingga radikel telah kelihatan

Nota: Coleus adalah amat sensitif terhadap tahap garam yang tinggi 每 terutamanya tahap ammonium yang tinggi 每 semasa percambahan. Pastikan tahap ammonium adalah di bawah 10 ppm.

Penghasilan Anak Benih

Peringkat 1每 Percambahan mengambil masa 4 每 5 hari
Suhu tanah : 22 每 24°C
Cahaya : Cahaya adalah tidak diperlukan
Kelembapan : Pastikan kelembapan media adalah seimbang (paras 4), tetapi tidak tepu.

Nota: Coleus adalah amat sensitif terhadap tahap garam yang tinggi 每 terutamanya tahap ammonium yang tinggi 每 semasa percambahan. Pastikan tahap ammonium adalah di bawah 10 ppm.

Peringkat 2
Suhu tanah : 21 每 24°C
Cahaya : Sehingga 2,500 f.c.
Kelembapan : Kurangkan sedikit tahap kelembapan (paras 3 sehingga 4) untuk membolehkan akar menembusi media.
Baja : Bubuh baja dalam bentuk nitrat dengan fosforus yang rendah pada kadar 1 (kurang dari 100 ppm N / kurang dari 0.7 mS/cm EC). Salurkan air biasa tanpa baja untuk 2 每 3 kali di antara masa pembubuhan baja. Siramkan air pada waktu siang supaya tumbuhan akan kering pada waktu malam untuk mengelakkan ianya dijangkiti penyakit. Kekalkan pH tanah pada 5.5 sehingga 6.2 dan EC yang kurang dari 1.0 mS/cm.

Peringkat 3
Suhu tanah : 20 每 21°C
Cahaya : Sehingga 2,500 f.c.
Kelembapan : Biarkan tumbuhan mengering sehingga permukaannya menjadi coklat pudar (peringkat 2) sebelum penyiraman. Pastikan tumbuhan tidak terlalu kering supaya pertumbuhan akar tidak terbantut dan ketinggian tumbuhan dapat dikawal.Kekalkan kelembapan kepada kitar basah-kering (kadar kelembapan 4:2).
Baja : TIngkatkan kadar baja ke 2 (100 hingga 175 ppm N / 0.7 hingga 1.2 mS/cm EC). Kekalkan pH tanah pada 5.5 hingga 5.8 dan EC yang kurang dari 1.0 mS/cm (ekstrak 1:2)
Penggunaan ※Growth Regulators§ : Secara amnya, ini tidak diperlukan. Jika perlu, A-Rest, B-Nine dan Bonzi adalah efektif pada coleus. Anda dinasihati supaya mengikuti sukatan pada label. Gunakan kawalan suhu (DIF) jika boleh, terutamanya 2 jam selepas matahari terbit untuk mengawal ketinggian tumbuhan.

Peringkat 4
Suhu tanah : 16 每 17°C
Cahaya : Sehingga 5,000 f.c. jika suhu dapat dikawal
Kelembapan : Sama seperti peringkat 3
Baja : Sama seperti peringkat 3


Pertumbuhan Sehingga Akhir

Saiz Bekas
Pek 806 atau 306 - 1 tumbuhan / pasu
Pasu 4-5 inci (10-13 cm) - 1 tumbuhan / pasu

Media : Gunakan media yang kering, bebas dari penyakit, tidak bertanah dengan pH 5.5 sehingga 6.0 dan juga sukatan nutrien pendahuluan EC 0.75 mS/cm.

Suhu : Malam: 14 - 18°C; Siang: 18 - 24°C

Cahaya: Letakkan pelindung jika cahaya melebihi 5,000 f.c.

Penyiraman : Elakkan kekeringan dan penyiraman yang terlampau.

Baja : Coleus memerlukan kadar baja yang rendah sehingga sederhana. Pembubuhan baja yang terlampau akan mengakibatkan kepudaran warna dan menjejaskan kesuburan pada tumbuhan. Letakkan baja dalam bentuk nitrat dengan sedikit fosforus dan kandungan potassium yang tinggi pada kadar 2 (100 - 175 ppm N / 0.7 - 1.2 mS/cm). Kekalkan konduktiviti elektrik media pada sekitar 1.0 mS/cm (dengan menggunakan ekstrak 1:2)

Penggunaan ※Growth Regulator§ : Pertumbuhan boleh dikawal melalui suasana persekitaran, nutrisi dan juga penyiraman. Gunakan ※growth regulator§ kimia hanya jika perlu. Kurangkan penggunaan baja nitrogen yang mengandungi ammonium untuk memastikan bahawa pertumbuhan batang tidak terlampau panjang. Coleus akan bertindak balas terhadap DIF siang / malam, dan akan tumbuh lebih pendek dengan DIF negatif.

B-Nine / Alar (Daminozid) 2,500 - 5,000 ppm (3.0 - 6.0 g/l 85% formulasi atau 4.0 - 8.0 g/l 64% formulasi) boleh digunakan 2 - 3 minggu selepas percambahan. Ulangi proses ini jika perlu.

Pencantasan : Tidak perlu

Jarak : Jarakkan tumbuhan jika ianya bersentuhan

Jadual Pertumbuhan :
Penyemaian --> Pemindahan (Dulang semaian 288 lubang) : 5 每 6 minggu
Pemindahan --> Pembungaan : 7 每 9 minggu

Masalah Lazim
Serangga : Aphids, serangga mealy, lalat putih
Penyakit : Alternaria, Botritis, Verticilium
Lain-lain : Kekurangan cahaya akan menyebabkan pemanjangan internode yang terlampau.


Maklumat Taman dan Landskap
-Coleus amat tahan panas dan kelembapan
-Boleh mencapai ketinggian 10 hingga 12 in. (25 hingga 30 cm)
-Memerlukan penjagaan yang minima
-Ditanam dalam keadaan separa atau penuh cahaya, tetapi tanaman boleh menahan cahaya yang lebih dalam keadaan cuaca yang kurang buruk
-Tanaman akan memanjang dalam keadaan cahaya yang kurang
-Daun tanaman mungkin terbakar jika berada dalam intensiti cahaya yang terlampau tinggi
-Jarakkan tanaman di antara 10 hingga 12 in. (25 hingga 30 cm) dalam tanah yang telah dikeringkan dengan baik

Nota: Penanam boleh menggunakan maklumat di sini sebagai permulaan. Masa penanaman akan berubah bergantung kepada cuaca, lokasi, masa dan juga keadaan rumah hijau. Saranan penggunaan bahan kimia dan growth regulator adalah untuk rujukan sahaja. Pengguna perlu bertanggungjawab untuk membaca dan mengikut arahan pada label untuk bahan kimia yang digunakan dan memastikan yang ianya adalah mengikut peraturan yang telah ditetapkan.